Wednesday 3 April 2013

teks mc


KETIBAAN VIP:
Mengumumkan ketibaan yang berbahagia  tibalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh masuk Kedalam dewan.
Hadirin sekalian, bagi memulakan majlis pada pagi ini, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu negaraku,
·         Lagu negaraku
Hadirin dijemput duduk.
KATA ALU- ALUAN:
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T…Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha,
Tuan Haji Mat Akhir Bin Abdullah,
Timbalan  Pengarah Institut  Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Yang berusaha
Encik Mustapha kamal bin alias
Ketua unit perpustakaan

Ketua –ketua Jabatan, para pensyarah , staf, guru-guru pengiring, pembekal-pembekal buku  Mahasiswa guru institut pendidikan guru kampus ipoh ,  peserta pertandingan  seterusnya hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Bacaan doa.

            Bunga Melur disusun bertingkat,
            Disusun oleh si Puteri empat;
            Agar majlis mendapat berkat,
            Doa dimulakan moga selamat.

            Baiklah, agar majlis kita pada malam ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.  Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Saudara______________________________ ­­­­­­­­­­­–­­­­­­­­­­­untuk memimpin bacaan doa. 

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

Amin, amin Ya Rabbal Alamin.. Terima Kasih diucapkan.

Hadirin sekalian,
Selamat datang ke karnival galakan membaca 2013 peringkat ipgki
” warga membaca warga berwibawa ”

Hadirin sekalian,
 Tak lengkap bahtera tanpa nakhoda,
Tak lengkap malam tanpa purnama,
Tak lengkap laut tanpa ombak badainya,
Tak lengkap sambutan tanpa ucapan alu-aluannya..

Hadirin sekalian,
Majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan  en Mustapha kamal bin alias untuk menyampaikan ucapan beliau. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih di ucapkan kepada en Mustapha kamal bin alias ketua unit perpustakaan ipgkI.atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.


Hadirin sekalian,
Majlis seterusnya menjemput yang berusaha TUAN HAJI MAT AKHIR BION ABDULLAH , TIMBALAN Pengarah Ipg kampus ipoh untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan KARNIVAL GALAKAN MEMBACA 2013 peringkat Ipg Kampus Ipoh tahun 2013. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada  yang berusaha TUAN HAJI MAT AKHIR BIN ABDULLAH , TIMBALAN Pengarah Ipg kampus ipoh kerana sudi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan KARNIVAL GALAKAN MEMBACA 2013 peringkat Ipg Kampus Ipoh tahun

Hadirin sekalian, Persembahan prasekolah sri mawar… TERIMA KASIH GURU

Bagi menyerikan lagi carnival kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mendengar persembahan nyanyian daripada pelajar pra sekolah sri mawar ipgki dengan lagu mereka Terima Kasih Guruku. Mari Sama-Sama Kita Saksikan
Begitu lah peresembahan yang cukup menarik dari pelajar2 pra sekolah sri mawar ipgki.

Penyampaian sijil penyertaan kepada semua pembekal buku yang menyertai carnival  galakan membaca 2013
Hadirin sekalian,
Kita akan teruskan lagi majlis kita pada hari ini dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan sempena carnival galakan membaca 2013 ini
Oleh itu majlis menjemput dan mempersilakan EN MUSTAPHA KAMAL BIN ALIAS  KETUA UNIT PERUSTAKAAN untuk menjemput dan mengiringi yang berusaha, TIMBALAN PENGARAH IPG KI TUAN HAJI MAT AKHIR BIN ABDULLAH untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada pemenang2
Penyampaian sijil penyertaan  kepada pembekal yang terlibat
·         Ada dalam list
Penyampaian hadiah kepada tokoh membaca 2013. Bulan jan dan feb
·         Ada dlm list
·         Pensyarah
·         pelajar
Penyampaian cenderamata kepada  sekolah terlibat
·         SMK TAMBUN
·         SK MANJOI 1
·         SMK PERMAISURI BAINUN
·         SK TANJUNG RAMBUTAN
·         PRA SEKOLAH SRI MAWAR
·         TADIKA ALNURDIA MAISARAH
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG2 KARNIVAL GALAKAN MEMBACA 2013
·         Ada dalam list
·         PERTANDINGAN MEWARNA

Seterusnya majlis menjemput yang berusaha ENCIK MUSTAPHA KAMAL BIN ALIAS  KU UNIT PERPUSTAKAAN untuk memberikan cenderamata kepada YANG BERUSAHA TUAN HAJI MAT AKHIR BIN ABDULLAH   TIMB PENGARAH IPGKI kerana sudi hadir dan merasmikan majlis penutupan kita pada hari INI  
Majlis merakamkan jutaan dan ribuan terima kasih kepada YANG BERUSAHA TUAN HAJI MAT AKHIR BIN ABDULLAH kerana sudi menyampaikan cenderamata sebentar tdi.Tahniah di ucapkan kepada semua pemenang-pemanang dan peserta-peserta yang mengambil bahagian pada hari ini.

Dengan berakhirnya acara penyampaian cenderamata sebentar tadi, maka berakhirlah  sudah majlis kita pada HARI ini,selaku pengacara majlis , saya memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat kesalahan dan kecacatan sewaktu mengendalikan majlis ini.

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.
Sekian wabillahitaufik walhidayah
Mengumumkan yang berusaha TUAN Haji Mat Akhir Bin Abdullah Timbalan Pengarah ipg kampus ipoh  meninggalkan majlis.

No comments:

Post a Comment